Cara memasukkan iklan olok-olok ke laman blogspot anda

 Assalamualaikum,

Terima kasih kerana mengunjungi halaman blog saya. Untuk hantaran blog kali ini saya ingin bercerita tentang cara memasukkan iklan olok-olok yang telah kita hasilkan ke paparan blog kita. Sila baca hantaran sebelum ini di sini sekiranya anda masih belum membacanya berkaitan keperluan mengadakan iklan olok-olok sebelum anda menyiarkan iklan sebenar.


Contoh iklan olok-olok yang digunakan di laman blog ini.

Baiklah untuk memasukkan iklan-iklan tersebut anda perlu pergi ke menu seperti di bawah dan mengelik menu "layout":




Bagi memasukkan iklan melintang merentasi bahagian atas laman blog, anda perlu pergi ke menu "Cross-column" dan memilih menu "+ Add a gadget" seperti gambar di bawah:


Selepas memilih menu tersebut maka anda akan mendapat pilihan seperti di bawah. Pilih menu "image" dan anda cuma perlu memuat naik gambar iklan yang telah anda sediakan dari peranti anda. Di masa akan datang sekiranya anda telah layak menyiarkan iklan Google Adsense maka anda hanya perlu untuk memilih menu "Adsense".


Untuk memasukkan iklan di ruangan sisi anda hanya perlu untuk pergi ke menu layout "sidebar-right-1" dan memilih menu "Add a gadget" seperti di bawah:


Setelah itu anda hanya perlu memuat naik gambar iklan (yang telah disediakan terlebih dahulu) seperti tertera di paparan di bawah. Anda tidak perlu untuk mengisi ruang alamat pautan dan pastikan anda menyimpan (save) kerja-kerja anda termasuk menekan lambang "save" seperti di hujung bawah kanan gambar di atas.



Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, sekian dahulu hantaran blog saya buat kali ini. Semoga membawa manfaat untuk semua.

*Dikemaskini 5/6/2021
*Saya telah melakukan perubahan tema laman blog jadi anda perlu melakukan sedikit perubahan di langkah melibatkan menu layout tetapi proses keseluruhannya masih kekal hampir sama.


Ulasan