Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Belanjawan

Cara buat bajet bulanan

Assalamualaikum, Bertemu lagi kita dalam hantaran blog saya buat kali ini. Kali ini saya ingin menulis tentang belanjawan yang perlu ada bagi setiap bulan bagi memastikan semua komitmen kita dapat dipenuhi dan juga kita turut mempunyai simpanan untuk digunakan di masa-masa terdesak. Mempunyai belanjawan juga bererti kita boleh membuat penilaian samada kita berbelanja mengikut kemampuan kita ataupun sebaliknya. Kita juga boleh membuat perubahan yang diperlukan berasaskan belanjawan yang kita ada. Sekiranya perbelanjaan kita melebihi dari pendapatan, kita mempunyai pilihan untuk menambahkan pendapatan dengan mencari pekerjaan baru ataupun mengurangkan perbelanjaan supaya setara dengan pendapatan. 1.1 Jenis-jenis belanjawan Dari segi kewangan peribadi terdapat pelbagai cara untuk membuat bajet bulanan ataupun belanjawan bulanan. Terdapat cara 50%/30%/20% iaitu 50 peratus diasingkan untuk keperluan, 30 peratus untuk kehendak dan 20 peratus untuk simpanan dan pelaburan. Bagaimanapun secara ...