Assalamualaikum, Bertemu lagi kita di hantaran blog saya yang kedua ini. Terima kasih di atas sokongan anda sebelum ini sehingga saya berjaya mencapai 40 paparan halaman pada hari pertama saya memulakan laman blog ini. Walau mungkin angkanya akan dianggap kecil bagi sesetengah pihak tetapi bagi saya ia adalah angka yang amat memberangsangkan terutamanya bagi hantaran blog saya yang pertama. Baiklah untuk hantaran kali ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk meletakkan kaunter jumlah imbasan pelawat sekiranya anda mahu membangunkan blog seperti blog saya ini. Tidak seperti dulu-dulu di mana anda perlu untuk tahu serba sedikit berkaitan pengaturcaraan laman web tetapi kini proses tersebut telah dipermudahkan dan sesiapa sahaja boleh melakukannya selepas diberikan bimbingan mudah seperti yang akan saya sebutkan di bawah. Kepentingan kaunter pelawat ini adalah bagi anda untuk secara tidak langsung memberitahu mana-mana pihak yang mahu membuat pengiklanan di laman anda tentang jumlah ...