Cara mengadakan kaunter jumlah pelawat di halaman blogspot anda

 Assalamualaikum,

Bertemu lagi kita di hantaran blog saya yang kedua ini. Terima kasih di atas sokongan anda sebelum ini sehingga saya berjaya mencapai 40 paparan halaman pada hari pertama saya memulakan laman blog ini. Walau mungkin angkanya akan dianggap kecil bagi sesetengah pihak tetapi bagi saya ia adalah angka yang amat memberangsangkan terutamanya bagi hantaran blog saya yang pertama.

Baiklah untuk hantaran kali ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk meletakkan kaunter jumlah imbasan pelawat sekiranya anda mahu membangunkan blog seperti blog saya ini. Tidak seperti dulu-dulu di mana anda perlu untuk tahu serba sedikit berkaitan pengaturcaraan laman web tetapi kini proses tersebut telah dipermudahkan dan sesiapa sahaja boleh melakukannya selepas diberikan bimbingan mudah seperti yang akan saya sebutkan di bawah.

Kepentingan kaunter pelawat ini adalah bagi anda untuk secara tidak langsung memberitahu mana-mana pihak yang mahu membuat pengiklanan di laman anda tentang jumlah imbasan halaman yang telah anda perolehi. Tentunya angka yang besar akan menjadikan pihak pengiklan untuk lebih cenderung bagi membuat pengiklanan di halaman anda.

Walaupun begitu mungkin ada juga mereka yang lebih cenderung untuk tidak menyatakan jumlah imbasan halaman dan itu tentulah bergantung kepada pilihan masing-masing. Bagi saya secara peribadinya,  jumlah angka imbasan halaman dapat menjadi pendorong bagi saya untuk bekerja lebih keras lagi bagi mendapatkan jumlah imbasan halaman yang diinginkan.





Beginilah kaunter pelawat yang akan juga memberikan jumlah imbasan halaman ke laman blogspot anda.


Baiklah, sekiranya anda telah mencipta halaman blogspot anda, yang boleh anda lakukan secara percuma, maka anda akan berada di paparan skrin berikut(paparan skrin mungkin akan berbeza-beza mengikut peranti yang anda gunakan):



Seterusnya apa yang anda perlu lakukan adalah mengetik pilihan "Layout". Selepas membuat pilihan tersebut maka anda akan berada di paparan skrin berikut:


Seterusnya anda perlu melayari halaman tersebut ke bahagian kanan dan pergi ke bahagian "sidebar-right-1" seperti tertera di atas dan klik di pilihan menu "+ Add a Gadget". Seterusnya anda akan di bawa ke paparan skrin berikut:


Klik pada pilihan menu "blog's stats" dan anda akan dibawa ke paparan skrin berikutnya:



Anda kemudiannya bolehlah memilih kaunter jumlah pelawat yang anda sukai dan setelah selesai membuat pilihan maka anda boleh mengetik menu "save". Juga jangan lupa untuk mengetik menu "save" sekali lagi di paparan berikutnya seperti yang telah saya bulatkan menggunakan dakwat warna biru seperti di bawah:


Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, sekian dulu untuk hantaran blog saya bagi kali ini. Semoga berjumpa lagi di hantaran-hantaran blog saya di masa akan datang, InsyaAllah. Sekali lagi terima kasih saya ucapkan kerana mengunjungi laman blog saya.

*Di kemaskini 5/6/2021

*saya telah menggunakan tema blogspot yang baru jadi terdapat sedikit perubahan pada menu layout di atas, tetapi proses keseluruhannya tetap kekal sama.

Ulasan