Langkau ke kandungan utama

Jana wang online dengan jual produk sendiri, blogging, YouTube dan affiliate marketing

 Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya.

Di blog ini saya akan berkongsi cara-cara untuk menjana pendapatan online berdasarkan pengalaman saya sendiri. Anda mungkin tidak akan mendapat hasil yang sama tapi sekurang-kurangnya diharapkan perkongsian saya dapat membantu anda.

Sebagai permulaan saya akan menyenaraikan secara ringkas di sini cara-cara yang anda boleh gunakan untuk menjana pendapatan secara atas talian.

Cara pertama adalah dengan anda menjual produk anda sendiri secara atas talian. Anda boleh menggunakan media sosial anda untuk menjual produk ataupun perkhidmatan yang anda sediakan.

Cara kedua pula anda juga boleh memulakan saluran YouTube anda dan setelah anda mencapai syarat-syarat tertentu maka anda akan layak untuk menyiarkan iklan di saluran YouTube anda. Bagaimanapun perlu juga diingati bahawa proses untuk membangunkan saluran YouTube anda mungkin akan memakan masa, sebelum anda dapat melihat hasilnya.

Cara ketiga adalah bagi anda untuk memulakan laman blog seperti ini dan setelah anda memenuhi syarat2 tertentu maka anda juga akan layak untuk menyiarkan iklan di laman anda dan sesudah itu tentunya anda akan mendapat imbuhan dari iklan-iklan yang tersiar di halaman anda.

Cara seterusnya adalah untuk anda menyertai "affiliate marketing" ataupun pemasaran bergabung. Secara ringkasnya pemasaran bergabung ini adalah satu cara bagi anda untuk mempromosi produk pihak lain dan anda akan diberikan komisyen sekiranya anda mempromosikan barangan ataupun perkhidmatan tersebut di platform anda sehingga berlakunya jualan. Anda tidak perlu menyimpan stok ataupun terlibat dalam urusan jualan tersebut kerana urusan-urusan tersebut akan dikendalikan oleh pihak ketiga. Sebagai contoh saya mempromosikan laman web "Buy me a coffee" dan sekiranya anda menggunakan pautan bergabung(referral link) saya dengan mengelik gambar untuk ke laman Buy me a coffee dan permohonan anda untuk membuka akaun di situ diluluskan maka saya akan mendapat imbuhan dari laman web tersebut, setelah syarat-syarat tertentu dipenuhi. Saya akan menulis tentang laman web "Buy me a coffee" dengan lebih lanjut lagi di hantaran akan datang, InsyaAllah.


(Klik pada gambar untuk menyertai Buy me a coffee melalui pautan bergabung saya)

Jadi, itulah di antara cara-cara bagi anda untuk menjana pendapatan online. Terdapat berbagai cara lagi untuk anda mendapatkan pendapatan secara atas talian dan anda boleh berkongsi tentangnya di ruangan komen.

Baiklah itu sahaja buat kali ini. Semoga bertemu lagi InsyaAllah di posting akan datang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara untuk mendapatkan pengunjung ke halaman blog anda bagi yang baru bermula

 Assalamualaikum, Bagi hantaran blog saya kali ini, saya ingin berkongsi cara untuk mendapatkan pengunjung ke halaman blog anda terutama sekiranya anda baru saja berjinak-jinak dengan penulisan blog (seperti saya). Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pengunjung tetapi di sini saya hanya mahu berkongsi cara-cara yang saya telah gunakan setakat ini. Cara pertama yang telah saya gunakan adalah dengan cara menyediakan satu akaun Instagram yang sesuai dengan tujuan untuk mempromosikan laman blog saya. Saya kemudiannya meletakkan alamat halaman blog saya di "bio" akaun IG tersebut dan sesiapa yang berminat untuk mengunjungi halaman blog saya boleh mengelik pautan di bio tersebut. Berikut adalah akaun Instagram yang saya gunakan bagi tujuan tersebut: Saya juga telah menyediakan satu akaun Twitter bagi mempromosikan halaman blogspot saya: Selain itu saya juga telah mengunjungi halaman blog-blog berkaitan dan meninggalkan komen di ruangan komen. Tinggalkan komen yang ikhlas dan j...

Versa - ajak kawan-kawan melabur dan dapatkan ganjaran RM10

Assalamualaikum, Sudah lama saya tidak membuat sebarang hantaran di laman blog ini kerana sebelum ini saya memberikan sepenuh tumpuan untuk membangunkan saluran YouTube saya. Tetapi oleh kerana sebab-sebab tertentu saya mengambil keputusan untuk berhenti seketika membuat video YouTube dan sebaliknya memberikan tumpuan yang lebih untuk kembali menulis di laman blog ini. Jadi untuk hantaran penulisan yang pertama ini saya akan menulis berkaitan pelaburan dan simpanan menggunakan applikasi Versa dan pengalaman saya sendiri menggunakan applikasi tersebut. Simpanan, pelaburan dan persaraan Dengan menggunakan aplikasi Versa anda boleh memberikan tumpuan kepada tiga perkara yang mungkin anda mahu capai iaitu menambah simpanan, meningkatkan pelaburan dan juga menyediakan tabung untuk persaraan. Bagaimanapun secara peribadi saya hanya menggunakan aplikasi Versa untuk menambah simpanan dan mungkin juga untuk membuat pelaburan sekiranya saya mempunyai peluang berbuat demikian di masa hadapan. Cir...