Assalamualaikum,
Bertemu lagi kita dalam hantaran blog saya buat kali ini. Kali ini saya ingin menulis tentang belanjawan yang perlu ada bagi setiap bulan bagi memastikan semua komitmen kita dapat dipenuhi dan juga kita turut mempunyai simpanan untuk digunakan di masa-masa terdesak. Mempunyai belanjawan juga bererti kita boleh membuat penilaian samada kita berbelanja mengikut kemampuan kita ataupun sebaliknya. Kita juga boleh membuat perubahan yang diperlukan berasaskan belanjawan yang kita ada. Sekiranya perbelanjaan kita melebihi dari pendapatan, kita mempunyai pilihan untuk menambahkan pendapatan dengan mencari pekerjaan baru ataupun mengurangkan perbelanjaan supaya setara dengan pendapatan.
1.1 Jenis-jenis belanjawan
Dari segi kewangan peribadi terdapat pelbagai cara untuk membuat bajet bulanan ataupun belanjawan bulanan. Terdapat cara 50%/30%/20% iaitu 50 peratus diasingkan untuk keperluan, 30 peratus untuk kehendak dan 20 peratus untuk simpanan dan pelaburan. Bagaimanapun secara peribadi saya tidak menggemari cara ini kerana agak sukar untuk memastikan apakah yang kita benar-benar perlu dan apakah kehendak kita. Oleh itu saya lebih menggemari satu cara lain yang dipanggil belanjawan berasaskan sifar atau zero based budget. Saya telah menggunakan cara ini semenjak berusia 20an lagi dan pada masa itu saya menggunakan sampul surat untuk mengasingkan duit yang diperuntukan untuk setiap kategori tetapi oleh kerana ia agak merumitkan kini saya biasanya hanya akan mengasingkan duit secara kiraan sahaja dan cuba sedaya upaya setiap hari untuk memastikan saya berbelanja mengikut kategori yang telah ditetapkan sahaja. Cara ini telah membolehkan saya untuk menyimpan duit bagi duit pendahuluan rumah ketika berusia lewat 20an jadi secara peribadinya saya berasa cara belanjawan berasaskan sifar ini benar-benar telah menolong saya untuk membuat simpanan.
1.2 Belanjawan berasaskan sifar
Belanjawan berasaskan sifar atau zero based budgeting adalah satu kaedah belanjawan di mana kita memberikan "tugas" kepada setiap sen pendapatan kita sehingga baki akhirnya menjadi sifar ataupun dalam kata lainnya pendapatan kita apabila ditolak dengan kesemua perbelanjaan termasuk perbelanjaan untuk simpanan dan pelaburan akan menjadi sifar i.e (Pendapatan - [Perbelanjaan+Simpanan+Pelaburan] = RM0).
1.3 Kategori perbelanjaan
Kategori perbelanjaan boleh dibahagikan kepada kategori-kategori berikut;
1.3.1 Perumahan - sekitar 30% dari belanjawan
Untuk kategori perumahan ini kita perlu menyenaraikan semua perbelanjaan membabitkan perumahan. Sebagai contoh sekiranya anda menyewa kemungkinan anda hanya perlu menyenaraikan kadar sewa bilik ataupun rumah anda sahaja. Tetapi sekiranya anda pemilik rumah maka anda perlu menyenaraikan kesemua perbelanjaan bulanan seperti bayaran ansuran ke bank, caj perkhidmatan, caj sinking fee dan lain2 dan juga mengira perbelanjaan tahunan ataupun separa tahunan anda, dalam bentuk bayaran bulanan. Ini termasuklah kos seperti cukai tanah, cukai pintu, cukai petak dan sebagainya. Secara umumnya perbelanjaan perumahan anda sepatutnya hanya sekitar 30% dari pendapatan anda dan tidak melebihi peruntukan tersebut.
1.3.2 Kos pengangkutan - sekitar 15-20% dari belanjawan
Pengangkutan pula merujuk kepada kenderaan yang anda gunakan untuk pergi dan balik dari kerja ataupun untuk mengambil dan menghantar ahli keluarga dan sebagainya. Secara umumnya kos pengangkutan anda sepatutnya hanya sekitar 15% hingga 20% daripada gaji bersih anda.
Peruntukan ini perlu merangkumi semua kos berkaitan, bukan sekadar ansuran bulanan ke bank. Berikut adalah pecahan lanjutnya:
1.3.2.1 Pecahan Kos Pengangkutan
Ansuran Pinjaman Kereta: Sebaik-baiknya tidak melebihi 10% daripada gaji bersih. Contohnya, jika gaji anda RM3,000, ansuran kereta sebaiknya tidak lebih RM300.
1.3.2.2 Kos Operasi
(Petrol, Tol, Parking): Biasanya sekitar 5%.
1.3.2.3 Dana Penyelenggaraan
(Sinking Fund): Simpan sedikit setiap bulan sekitar 5% untuk servis, tayar, dan pembaharuan insurans/cukai jalan.
Kenapa 15-20%?
Mengelakkan Beban Hutang: Kereta adalah aset yang menyusut nilai. Membelanjakan terlalu banyak untuk kereta akan mengurangkan kemampuan anda untuk menyimpan bagi rumah atau pelaburan.
Fleksibiliti: Jika anda menggunakan pengangkutan awam (seperti pas My50), kos anda mungkin jauh lebih rendah (bawah 5%), yang membolehkan anda mengalihkan baki wang tersebut ke dalam kategori Simpanan
1.3.3 Makanan - sekitar 10-15% dari belanjawan
Kategori ketiga adalah kategori makanan yang biasanya berbeza bagi setiap orang. Menurut chatgpt, jumlah yang dicadangkan adalah 10% untuk barangan yang akan dimasak dan 5% bagi makanan luar (dining out) tetapi secara jujur bagi saya secara peribadinya jumlah ini adalah terlalu kecil dan saya selalunya memperuntukkan 30% dari perbelanjaan saya untuk makanan.
1.3.4 Simpanan dan pelaburan - sekitar 10%
Simpanan dan pelaburan pada kebiasaannya adalah sekitar 10% daripada perbelanjaan anda. Tetapi sekiranya anda boleh mengurangkan peratusan belanjawan di kategori lain maka anda boleh meningkatkan peratusan belanjawan bagi kategori ini.
1.3.5 Bil
Bergantung kepada penggunaan anda dan tidak sepatutnya menjadi pecahan yang besar dalam belanjawan anda
1.3.6 Hutang
Bergabtung kepada keperluan anda tetapi tidak sepatutnya memjadi jumlah yang besar bagi anda
1.3.7 Lain-lain
Kategori2 lain yang boleh juga anda asingkan sekiranya melibatkan jumlah yang besar. Sebagai contoh sekiranya anda mempunyai keluarga and mungkin perlu menambah kategori penjagaan anak2, pemberian wang untuk ibu-bapa, insuran, zakat dsbnya.
1.4 Applikasi untuk perbelanjaan.
Malangnya saya masih belum menemui mana-mana applikasi yang boleh digunakan untuk memantau perbelanjaan berdasarkan prinsip belanjawan berasaskan sifar ini. Dua applikasi yang hampir membolehkan penggunaan kaedah ini walaupun secara tidak menyeluruh adalah applikasi Perbankan Internet Aeon Bank dan juga e-dompet BigPay.
1.5 Aeon Bank dan belanjawan berasaskan sifar.
Bagi Perbankan internet Aeon Bank, anda boleh menggunakan applikasi bank tersebut untuk merancang belanjawan anda tetapi anda tidak boleh memantau belanjawan tersebut kerana setiap transaksi tidak boleh diubah untuk dimasukkan ke dalam kategori yang anda ingini. Sebagai contoh anda boleh memperuntukkan sejumlah RM500 untuk makanan dalam belanjawan anda tetapi sekiranya anda mengimbas RM10 untuk membuat bayaran sarapan pagi jumlah tersebut tidak boleh untuk dimasukkan ke dalam kategori "makanan" supaya anda boleh mengetahui jumlah belanjawan yang masih ada untuk digunakan. Perkara ini agak mengecewakan dan diharap pihak bank tersebut akan membuat penambahbaikan di masa-masa akan datang. Tetapi sekiranya anda mahukan tempat untuk mengumpulkan bajet "simpanan" anda, anda boleh menggunakan fungsi tabung ataupun "pot" untuk berbuat demikian.
Jadi sekiranya anda berminat untuk memuat turun aplikasi Perbankan Internet Aeon Bank, anda boleh menggunakan kod rujukan saya AB522431 semasa membuat pendaftaran.
1.6 Big Pay
Bagi applikasi Big Pay pula anda boleh menyediakan belanjawan dan memberikan kategori kepada setiap transaksi. Malangnya tidak semua kategori wujud. Contoh sekiranya anda mahu memberikan kategori "simpanan" atau pun "pendapatan" kepada satu-satu transaksi maka anda tidak boleh menggunakan kategori tersebut sebaliknya hanya boleh menggunakan kategori "lain-lain". Tetapi anda boleh menggunakan kategori "Pengangkutan", "Makanan", "Rumah" dan sebagainya untuk transaksi-transaksi lain.
Jadi begitulah hantaran saya pada kali ini, semoga mendatangkan manfaat.
Ulasan
Catat Ulasan