Langkau ke kandungan utama

Cara untuk mendapatkan pengunjung ke halaman blog anda bagi yang baru bermula

 Assalamualaikum,

Bagi hantaran blog saya kali ini, saya ingin berkongsi cara untuk mendapatkan pengunjung ke halaman blog anda terutama sekiranya anda baru saja berjinak-jinak dengan penulisan blog (seperti saya). Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pengunjung tetapi di sini saya hanya mahu berkongsi cara-cara yang saya telah gunakan setakat ini.

Cara pertama yang telah saya gunakan adalah dengan cara menyediakan satu akaun Instagram yang sesuai dengan tujuan untuk mempromosikan laman blog saya. Saya kemudiannya meletakkan alamat halaman blog saya di "bio" akaun IG tersebut dan sesiapa yang berminat untuk mengunjungi halaman blog saya boleh mengelik pautan di bio tersebut. Berikut adalah akaun Instagram yang saya gunakan bagi tujuan tersebut:


Saya juga telah menyediakan satu akaun Twitter bagi mempromosikan halaman blogspot saya:



Selain itu saya juga telah mengunjungi halaman blog-blog berkaitan dan meninggalkan komen di ruangan komen. Tinggalkan komen yang ikhlas dan jangan sesekali "spam" halaman-halaman tersebut kerana itu hanya akan mendatangkan kesan buruk kepada anda kerana pihak yang telah melihat "spam" anda mungkin akan hilang kemahuan untuk mengunjungi halaman anda.

Baiklah itu sahaja untuk hantaran blog saya bagi kali ini. Semoga bertemu lagi di hantaran-hantaran akan datang InsyaAllah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jana wang online dengan jual produk sendiri, blogging, YouTube dan affiliate marketing

 Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya. Di blog ini saya akan berkongsi cara-cara untuk menjana pendapatan online berdasarkan pengalaman saya sendiri. Anda mungkin tidak akan mendapat hasil yang sama tapi sekurang-kurangnya diharapkan perkongsian saya dapat membantu anda. Sebagai permulaan saya akan menyenaraikan secara ringkas di sini cara-cara yang anda boleh gunakan untuk menjana pendapatan secara atas talian. Cara pertama adalah dengan anda menjual produk anda sendiri secara atas talian. Anda boleh menggunakan media sosial anda untuk menjual produk ataupun perkhidmatan yang anda sediakan. Cara kedua pula anda juga boleh memulakan saluran YouTube anda dan setelah anda mencapai syarat-syarat tertentu maka anda akan layak untuk menyiarkan iklan di saluran YouTube anda. Bagaimanapun perlu juga diingati bahawa proses untuk membangunkan saluran YouTube anda mungkin akan memakan masa, sebelum anda dapat melihat hasilnya. Cara ketiga adalah bagi anda untuk memulakan laman blo...

Versa - ajak kawan-kawan melabur dan dapatkan ganjaran RM10

Assalamualaikum, Sudah lama saya tidak membuat sebarang hantaran di laman blog ini kerana sebelum ini saya memberikan sepenuh tumpuan untuk membangunkan saluran YouTube saya. Tetapi oleh kerana sebab-sebab tertentu saya mengambil keputusan untuk berhenti seketika membuat video YouTube dan sebaliknya memberikan tumpuan yang lebih untuk kembali menulis di laman blog ini. Jadi untuk hantaran penulisan yang pertama ini saya akan menulis berkaitan pelaburan dan simpanan menggunakan applikasi Versa dan pengalaman saya sendiri menggunakan applikasi tersebut. Simpanan, pelaburan dan persaraan Dengan menggunakan aplikasi Versa anda boleh memberikan tumpuan kepada tiga perkara yang mungkin anda mahu capai iaitu menambah simpanan, meningkatkan pelaburan dan juga menyediakan tabung untuk persaraan. Bagaimanapun secara peribadi saya hanya menggunakan aplikasi Versa untuk menambah simpanan dan mungkin juga untuk membuat pelaburan sekiranya saya mempunyai peluang berbuat demikian di masa hadapan. Cir...