Assalamualaikum,
Sudah lama saya tidak membuat sebarang hantaran di laman blog ini kerana sebelum ini saya memberikan sepenuh tumpuan untuk membangunkan saluran YouTube saya. Tetapi oleh kerana sebab-sebab tertentu saya mengambil keputusan untuk berhenti seketika membuat video YouTube dan sebaliknya memberikan tumpuan yang lebih untuk kembali menulis di laman blog ini. Jadi untuk hantaran penulisan yang pertama ini saya akan menulis berkaitan pelaburan dan simpanan menggunakan applikasi Versa dan pengalaman saya sendiri menggunakan applikasi tersebut.
Simpanan, pelaburan dan persaraan
Dengan menggunakan aplikasi Versa anda boleh memberikan tumpuan kepada tiga perkara yang mungkin anda mahu capai iaitu menambah simpanan, meningkatkan pelaburan dan juga menyediakan tabung untuk persaraan. Bagaimanapun secara peribadi saya hanya menggunakan aplikasi Versa untuk menambah simpanan dan mungkin juga untuk membuat pelaburan sekiranya saya mempunyai peluang berbuat demikian di masa hadapan. Ciri-ciri pelaburan untuk persaraan pula bagi saya agak mengikat kerana pelaburan hanya boleh dikeluarkan selepas mencapai usia persaraan. Oleh itu secara peribadi setakat ini saya tidak begitu berminat untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Simpanan patuh syariah
Untuk menggunakan applikasi Versa untuk simpanan, anda mempunyai pilihan samada untuk menyimpan dalam Versa cash konvensional dengan kadar pulangan sekitar 3.37% atau menggunakan simpanan Versa cash-i yang patuh syariah dengan kadar keuntungan sekitar 3.13%. Kedua-dua jenis simpanan ini mempunyai risiko rendah tetapi kedua-duanya, tidak dilindungi PIDM seperti simpanan biasa di bank. Bagi produk Versa cash-i, dana dilaburkan dalam pelbagai simpanan tetap patuh syariah jangka pendek dan anda akan mendapat keuntungan apabila harga unit meningkat dan anda boleh melihat pertambahan ini dalam peningkatan baki dana Versa cash-i anda. Dengan Versa cash-i, anda boleh mula menyimpan bermula dengan serendah RM10 dan anda boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa.
Pelaburan
Bagi fungsi pelaburan pula Versa mempunyai 14 tabung pelaburan yang boleh anda pilih. 10 daripada tabung tersebut adalah tabung konvensional, sementara 4 tabung adalah patuh shariah. Tabung-tabung yang patuh syariah tersebut adalah Versa Global-i, Versa Growth-i, Versa Moderate-i dan Versa Gold. Secara peribadi saya sangat tertarik dengan akaun Versa Gold. Pulangan bagi setiap tahun setakat ini mencecah lebih 60% dan pelaburan bermula dari RM100. Bagaimanapun setakat ini saya masih belum berpeluang untuk melabur dalam tabung ini, tetapi saya mungkin akan berbuat demikian di masa akan datang.
Ajak kawan untuk menabung RM100 dan dapatkan RM10 untuk anda dan kawan anda
Versa juga sekarang mengadakan promosi bagi mana-mana individu yang menyertai Versa dan menabung sebanyak RM100 pada kali pertama akan diberikan imbuhan pulangan RM10. Dan sekiranya anda pula menjadi individu yang mengajak kawan anda untuk mendaftar dan menabung sebanyak RM100 buat kali pertama dengan Versa, anda pula akan menerima imbuhan RM10.
Daripada pengalaman saya applikasi Versa adalah mudah untuk digunakan dan semua produk atau tabungnya dikendalikan pakar-pakar di AHAM Asset Management Berhad.
Oleh itu marilah menyimpan dan melabur menggunakan Versa. Sekiranya anda menyertai Versa menggunakan pautan saya di bawah, anda akan menerima ganjaran RM10 apabila anda selesai melakukan langkah-langkah berikut:
1. Muat turun Versa melalui pautan berikut: klik di sini untuk pautan
2. Mendaftar dengan Versa menggunakan kod rujukan saya : H5A7PN3V
3. Selesaikan pendaftaran.
4. Membuat penyimpanan atau pelaburan pertama dengan jumlah minimum RM100 pada mana-mana produk Versa.
Jadi begitulah hantaran penulisan saya di blog ini pada kali ini. Sehingga bertemu di hantaran seterusnya, InsyaAllah.




Ulasan
Catat Ulasan