Assalamualaikum, Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Pada kali ini saya akan bercerita tentang cara untuk membuat iklan olok-olok di halaman blog anda sebelum anda layak untuk menyiarkan sama ada iklan sebenar dari Google Adsense dan juga iklan dari pihak pemasaran bergabung (affiliate marketing) anda. Iklan olok-olok juga akan membiasakan para pembaca anda dengan struktur blog anda dan mereka tidak akan berasa terperanjat apabila anda mulai menyiarkan iklan-iklan sebenar. Berikut adalah contoh iklan olok-olok yang saya gunakan di halaman blog saya sekarang. Contoh iklan olok-olok yang boleh anda siarkan di laman blog anda. Ada beberapa tempat di blog anda yang anda boleh selitkan dengan iklan tetapi bagi saya secara peribadi lebih menggemari untuk menyediakan iklan tersebut di ruangan atas dan juga di ruangan tepi seperti yang saya tandakan di petak jingga di bawah: Anda boleh menghasilkan iklan olok-olok tersebut menggunakan applikasi Canva yang anda boleh muat turun mela...