Langkau ke kandungan utama

Cara buat iklan olok-olok di blogspot menggunakan Canva

 Assalamualaikum,

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Pada kali ini saya akan bercerita tentang cara untuk membuat iklan olok-olok di halaman blog anda sebelum anda layak untuk menyiarkan sama ada iklan sebenar dari Google Adsense dan juga iklan dari pihak pemasaran bergabung (affiliate marketing) anda.

Iklan olok-olok juga akan membiasakan para pembaca anda dengan struktur blog anda dan mereka tidak akan berasa terperanjat apabila anda mulai menyiarkan iklan-iklan sebenar.

Berikut adalah contoh iklan olok-olok yang saya gunakan di halaman blog saya sekarang.


Contoh iklan olok-olok yang boleh anda siarkan di laman blog anda.

Ada beberapa tempat di blog anda yang anda boleh selitkan dengan iklan tetapi bagi saya secara peribadi lebih menggemari untuk menyediakan iklan tersebut di ruangan atas dan juga di ruangan tepi seperti yang saya tandakan di petak jingga di bawah:


Anda boleh menghasilkan iklan olok-olok tersebut menggunakan applikasi Canva yang anda boleh muat turun melalui perkhidmatan "Play Store" telefon bimbit anda secara percuma dan anda boleh menggunakan telefon bimbit anda untuk menghasilkan iklan tersebut.


Berikut adalah contoh untuk iklan melintang yang akan saya gunakan di blog saya:


Berikut pula adalah contoh iklan menegak yang akan saya letakkan di ruangan kanan blog:


Dan berikut pula adalah iklan olok-olok empat segi yang akan digunakan di ruang kanan:



Baiklah tuan-tuan begitulah cara untuk kita mengadakan iklan olok-olok di laman web kita sebelum kita layak menyiarkan iklan sebenar samada dari Google Adsense ataupun mana-mana syarikat pemasaran bergabung yang akan kita sertai.

Di hantaran akan datang saya akan menceritakan pula cara untuk memasukkan iklan ini dalam halaman blogspot anda, InsyaAllah.

*Dikemaskini 5/6/2021
*Saya telah menukar tema laman blog saya jadi terdapat perubahan pada layout laman blog tetapi proses keseluruhannya masih kekal hampir sama


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jana wang online dengan jual produk sendiri, blogging, YouTube dan affiliate marketing

 Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya. Di blog ini saya akan berkongsi cara-cara untuk menjana pendapatan online berdasarkan pengalaman saya sendiri. Anda mungkin tidak akan mendapat hasil yang sama tapi sekurang-kurangnya diharapkan perkongsian saya dapat membantu anda. Sebagai permulaan saya akan menyenaraikan secara ringkas di sini cara-cara yang anda boleh gunakan untuk menjana pendapatan secara atas talian. Cara pertama adalah dengan anda menjual produk anda sendiri secara atas talian. Anda boleh menggunakan media sosial anda untuk menjual produk ataupun perkhidmatan yang anda sediakan. Cara kedua pula anda juga boleh memulakan saluran YouTube anda dan setelah anda mencapai syarat-syarat tertentu maka anda akan layak untuk menyiarkan iklan di saluran YouTube anda. Bagaimanapun perlu juga diingati bahawa proses untuk membangunkan saluran YouTube anda mungkin akan memakan masa, sebelum anda dapat melihat hasilnya. Cara ketiga adalah bagi anda untuk memulakan laman blo...

Versa - ajak kawan-kawan melabur dan dapatkan ganjaran RM10

Assalamualaikum, Sudah lama saya tidak membuat sebarang hantaran di laman blog ini kerana sebelum ini saya memberikan sepenuh tumpuan untuk membangunkan saluran YouTube saya. Tetapi oleh kerana sebab-sebab tertentu saya mengambil keputusan untuk berhenti seketika membuat video YouTube dan sebaliknya memberikan tumpuan yang lebih untuk kembali menulis di laman blog ini. Jadi untuk hantaran penulisan yang pertama ini saya akan menulis berkaitan pelaburan dan simpanan menggunakan applikasi Versa dan pengalaman saya sendiri menggunakan applikasi tersebut. Simpanan, pelaburan dan persaraan Dengan menggunakan aplikasi Versa anda boleh memberikan tumpuan kepada tiga perkara yang mungkin anda mahu capai iaitu menambah simpanan, meningkatkan pelaburan dan juga menyediakan tabung untuk persaraan. Bagaimanapun secara peribadi saya hanya menggunakan aplikasi Versa untuk menambah simpanan dan mungkin juga untuk membuat pelaburan sekiranya saya mempunyai peluang berbuat demikian di masa hadapan. Cir...

Cara buat bajet bulanan

Assalamualaikum, Bertemu lagi kita dalam hantaran blog saya buat kali ini. Kali ini saya ingin menulis tentang belanjawan yang perlu ada bagi setiap bulan bagi memastikan semua komitmen kita dapat dipenuhi dan juga kita turut mempunyai simpanan untuk digunakan di masa-masa terdesak. Mempunyai belanjawan juga bererti kita boleh membuat penilaian samada kita berbelanja mengikut kemampuan kita ataupun sebaliknya. Kita juga boleh membuat perubahan yang diperlukan berasaskan belanjawan yang kita ada. Sekiranya perbelanjaan kita melebihi dari pendapatan, kita mempunyai pilihan untuk menambahkan pendapatan dengan mencari pekerjaan baru ataupun mengurangkan perbelanjaan supaya setara dengan pendapatan. 1.1 Jenis-jenis belanjawan Dari segi kewangan peribadi terdapat pelbagai cara untuk membuat bajet bulanan ataupun belanjawan bulanan. Terdapat cara 50%/30%/20% iaitu 50 peratus diasingkan untuk keperluan, 30 peratus untuk kehendak dan 20 peratus untuk simpanan dan pelaburan. Bagaimanapun secara ...