Langkau ke kandungan utama

Aeon Bank - bank digital patuh syariah kegemaran saya.

Assalamualaikum,

Pada catatan blog saya pada kali ini, saya ingin berkongsi ulasan saya tentang penggunaan produk akaun simpanan-i Aeon Bank yang merupakan bank digital patuh syariah yang pertama di negara kita. Saya telah menggunakan produk ini semenjak sekitar Julai 2024 dan setakat ini berpuas hati dengan penggunaan akaun ini. Baru-baru ini bagaimanapun kad debit fizikal yang saya selalu gunakan tidak berfungsi untuk membuat pembayaran dan saya terpaksa memohon kad pengganti untuk tujuan membuat pembayaran menggunakan kad debit fizikal. Kad yang baharu telahpun sampai dan seperti dijangka saya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk menggunakannya.

Kadar keuntungan tinggi dan mata ganjaran ketika berbelanja.

Dua perkara utama yang membuatkan saya menyukai penggunaan akaun simpanan-i Aeon Bank ini adalah kerana kadar keuntungan tinggi atas simpanan dan juga mata ganjaran yang diberikan ketika berbelanja. Pada awalnya pemegang akaun boleh mendapatkan kadar keuntungan sehingga 3.88% atas baki yang ada dalam akaun simpanan. Bagaimanapun baru-baru ini kadar tersebut telah diturunkan menjadi 0.88%(*kadar mungkin berubah di masa akan datang) dan kadar ini sebenarnya masih kompetitif berbanding bank-bank patuh syariah yang lain. Bagaimanapun anda masih boleh mendapat kadar keuntungan 3% ke atas simpanan di tabung (*kadar ini mungkin berubah di masa akan datang). Simpanan di dalam tabung bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk transaksi, sebaliknya anda perlu mengeluarkan jumlah yang diperlukan dari dalam tabung ke akaun simpanan-i anda secara manual sekiranya jumlah tersebut mahu digunakan. Walaupun proses pemindahan tersebut boleh dilakukan secara serta-merta tetapi kerana ia perlu dilakukan secara sengaja maka ciri ini sesuai digunakan bagi tujuan simpanan yang akan kita gunakan semasa terdesak sahaja atau apa yang dipanggil simpanan untuk kecemasan ataupun "emergency fund". Ini kerana kita akan berfikir dua kali untuk menggunakan wang yang ada di dalam tabung berbanding wang yang ada di akaun simpanan-i kita.

Ciri kedua yang saya sukai tentang penggunaan akaun simpanan-i Aeon Bank ini adalah kerana kita boleh mendapatkan mata ganjaran apabila menggunakan kad fizikal bank ini. Mata ganjaran ini boleh didapati apabila anda berbelanja di pasaraya Aeon dan di kedai-kedai terpilih lain. Mata ganjaran ataupun Aeon Points ini kemudiannya boleh ditukarkan ke matawang tunai pada kadar pertukaran RM1 bagi 200 points. Pada ketika ini saya mempunyai 872 points dan saya baru sahaja menukarkan 4000 mata ganjaran kepada RM20. Jadi anda dapat membayangkan betapa terujanya saya menggunakan kad Aeon Bank untuk membuat pembayaran pada setiap kali berbelanja!

Simpanan Tetap

Anda juga boleh membuka akaun simpanan tetap patuh syariah dengan menggunakan akaun simpanan-i Aeon Bank anda. Bagaimanapun kadar keuntungan ketika hantaran blog ditulis tidaklah begitu tinggi hanya sekitar 1.9% untuk tempoh masa simpanan 1 bulan dan sekitar 2.2% untuk tempoh 12 bulan. Bagaimanapun anda boleh menyimpan dengan jumlah yang sekecil RM200 sahaja tidak seperti kebanyakan bank lain yang memerlukan jumlah yang lebih besar.

Budget bulanan

Akaun simpanan-i Aeon Bank juga membolehkan anda untuk membuat peruntukan belanjawan bulanan anda. Tetapi bagaimanapun ciri ini adalah terhad dan tidak menyediakan kesemua kategori yang anda perlukan untuk belanjawan anda. Ia juga tidak menyediakan kategori pendapatan sekiranya anda ingin mempunyai belanjawan seperti  "zero based budget" yang boleh mengawal perbelanjaan anda.

Pembayaran menggunakan kod QR 

Selain membuat pembayaran menggunakan kad, anda juga seperti biasa boleh membayar menggunakan kod QR. Dari pengalaman saya, pembayaran biasanya boleh dibuat melainkan jika talian internet agak kurang memuaskan. Bagaimanapun bagi saya walaupun biasanya akan menggunakan Aeon Bank untuk membuat pembayaran tetapi saya juga masih ada pilihan untuk menggunakan bank- bank lain untuk pembayaran menggunakan kod QR.

Ajak kawan-kawan dan dapatkan mata ganjaran

Jadi secara keseluruhannya saya berpuas hati menggunakan akaun simpanan-i Aeon Bank kerana ia hampir sama dengan penggunaan bank biasa dan perkara asas seperti mengeluarkan duit tunai boleh sahaja dilakukan di mana-mana mesin ATM dengan logo MEPS atau Visa. Selain itu anda juga boleh mengajak kawan-kawan untuk memuat turun applikasi Aeon Bank sekiranya mereka rakyat Malaysia dan mempunyai telefon pintar dan telah mempunyai akaun simpanan atau semasa di bank lain untuk membuat deposit awal ke akaun simpanan-i Aeon Bank anda, seperti yang diwajibkan oleh Bank Negara. *Mata ganjaran bagaimanapun mungkin berubah mengikut terma dan syarat bank di masa-masa akan datang. 

Jadi tambahkan simpanan anda di Aeon Bank dengan kadar keuntungan 3%(*kadar ini mungkin berubah di masa-masa akan datang) yang akan dimasukkan ke akaun anda pada setiap bulan. Buka akaun anda dengan menggunakan kod rujukan saya AB522431.  Anda boleh menaip "Aeon Bank" di playstore ataupun Apple store untuk memuat turun aplikasi Aeon Bank ini.

Baiklah, demikianlah ulasan saya berkaitan dengan akaun simpanan-i Aeon Bank dan sebab-sebab mengapa saya menggemari penggunaan akaun ini. Semoga berjumpa di hantaran blog saya yang lain di masa hadapan, InsyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jana wang online dengan jual produk sendiri, blogging, YouTube dan affiliate marketing

 Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya. Di blog ini saya akan berkongsi cara-cara untuk menjana pendapatan online berdasarkan pengalaman saya sendiri. Anda mungkin tidak akan mendapat hasil yang sama tapi sekurang-kurangnya diharapkan perkongsian saya dapat membantu anda. Sebagai permulaan saya akan menyenaraikan secara ringkas di sini cara-cara yang anda boleh gunakan untuk menjana pendapatan secara atas talian. Cara pertama adalah dengan anda menjual produk anda sendiri secara atas talian. Anda boleh menggunakan media sosial anda untuk menjual produk ataupun perkhidmatan yang anda sediakan. Cara kedua pula anda juga boleh memulakan saluran YouTube anda dan setelah anda mencapai syarat-syarat tertentu maka anda akan layak untuk menyiarkan iklan di saluran YouTube anda. Bagaimanapun perlu juga diingati bahawa proses untuk membangunkan saluran YouTube anda mungkin akan memakan masa, sebelum anda dapat melihat hasilnya. Cara ketiga adalah bagi anda untuk memulakan laman blo...

Cara untuk mendapatkan pengunjung ke halaman blog anda bagi yang baru bermula

 Assalamualaikum, Bagi hantaran blog saya kali ini, saya ingin berkongsi cara untuk mendapatkan pengunjung ke halaman blog anda terutama sekiranya anda baru saja berjinak-jinak dengan penulisan blog (seperti saya). Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pengunjung tetapi di sini saya hanya mahu berkongsi cara-cara yang saya telah gunakan setakat ini. Cara pertama yang telah saya gunakan adalah dengan cara menyediakan satu akaun Instagram yang sesuai dengan tujuan untuk mempromosikan laman blog saya. Saya kemudiannya meletakkan alamat halaman blog saya di "bio" akaun IG tersebut dan sesiapa yang berminat untuk mengunjungi halaman blog saya boleh mengelik pautan di bio tersebut. Berikut adalah akaun Instagram yang saya gunakan bagi tujuan tersebut: Saya juga telah menyediakan satu akaun Twitter bagi mempromosikan halaman blogspot saya: Selain itu saya juga telah mengunjungi halaman blog-blog berkaitan dan meninggalkan komen di ruangan komen. Tinggalkan komen yang ikhlas dan j...

Cara memasukkan iklan olok-olok ke laman blogspot anda

 Assalamualaikum, Terima kasih kerana mengunjungi halaman blog saya. Untuk hantaran blog kali ini saya ingin bercerita tentang cara memasukkan iklan olok-olok yang telah kita hasilkan ke paparan blog kita. Sila baca hantaran sebelum ini di sini sekiranya anda masih belum membacanya berkaitan keperluan mengadakan iklan olok-olok sebelum anda menyiarkan iklan sebenar. Contoh iklan olok-olok yang digunakan di laman blog ini. Baiklah untuk memasukkan iklan-iklan tersebut anda perlu pergi ke menu seperti di bawah dan mengelik menu "layout": Bagi memasukkan iklan melintang merentasi bahagian atas laman blog, anda perlu pergi ke menu "Cross-column" dan memilih menu "+ Add a gadget" seperti gambar di bawah: Selepas memilih menu tersebut maka anda akan mendapat pilihan seperti di bawah. Pilih menu "image" dan anda cuma perlu memuat naik gambar iklan yang telah anda sediakan dari peranti anda. Di masa akan datang sekiranya anda telah layak menyiarkan ikla...