Langkau ke kandungan utama

Penafian, penggunaan cookies dan hak cipta terpelihara (Disclaimers, the use of cookies and copyrights)

Penafian, penggunaan cookies dan hak cipta terpelihara

(Disclaimers, the use of cookies and copyrights)

Dengan menggunakan halaman blog ini, pelawat atau pembaca secara tidak langsung tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

1.Blog “Cara buat wang online” dan pemilik blog ini secara khusus tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan dan kerugian yang berlaku secara peribadi ataupun sebaliknya atas dakwaan penggunaan maklumat ataupun apa-apa aplikasi ataupun halaman web seperti terkandung dalam penulisan di blog ini. 

2. Segala penulisan dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dari pihak penulis dan ia sama sekali tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan ataupun untuk kegunaan lain sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi. Anda disarankan dan digalakkan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi menapis dan membuat perbandingan dari sumber-sumber lain tentang maklumat ataupun penggunaan sebarang teknologi dalam laman blog ini.

3. Segala maklum balas  yang diberikan oleh pembaca atau pelawat blog ini adalah di bawah tanggungjawab pemberi maklum balas. Jika terdapat maklum balas sama ada dalam bentuk komen atau ulasan atau pendapat atau pandangan tersebut yang melanggar mana-mana undang-undang, maka pemilik blog ini secara khusus, sama sekali tidak akan boleh dipertanggungjawabkan ke atasnya atau ke atas individu tersebut melalui apa-apa cara dan dalam apa-apa keadaan sekalipun. Tindakan susulan bagaimanapun akan diambil secepat mungkin apabila pihak laman blog dimaklumkan tentang komen-komen tersebut.

4. Segala produk atau perkhidmatan yang dikongsi di halaman blog ini adalah hanya mengikut pengetahuan dan pengalaman pemilik blog ini dan jika pembaca membeli atau menggunakannya, ia adalah sepenuhnya di atas keputusan pembeli. Pembeli juga disyorkan untuk merujuk kepada pengeluar atau pemilik produk atau perkhidmatan terlebih dahulu untuk mengetahui adakah produk atau perkhidmatan itu sesuai dan dapat memberikan imbuhan seperti diinginkan pembeli atau bakal pembeli.

5. Segala iklan sama ada banner atau link   atau apa-apa jua bentuk lain di blog ini adalah milik penuh pihak pengiklan dan merupakan tanggungjawab penuh pihak pengiklan. Jika pembaca membeli melalui iklan, ia adalah sepenuhnya di atas keputusan pembeli. Namun adalah disyorkan untuk merujuk kepada pihak pengiklan atau pengeluar atau pemilik produk atau perkhidmatan terlebih dahulu untuk mengetahui adakah ia sesuai dan dapat memberikan imbuhan seperti diinginkan pihak pembeli atau bakal pembeli.

6. Tidak ada jaminan segala artikel atau kandungan di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor lain yang menentukan kejayaan penggunaan maklumat yang dipaparkan di halaman blog ini.

7.  Sebahagian artikel atau kandungan di blog ini mungkin sudah tidak sesuai lagi pada satu-satu masa. Maka, ia adalah di luar kawalan pihak Cara buat wang dan pemilik blog ini. Anda digalakkan untuk sentiasa memeriksa sama ada kandungan tersebut masih relevan bagi kegunaan anda.

8. Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi atau apa-apa kandungan di dalam blog ini ketika penulisan dilakukan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh demikian, sesetengah dari maklumat atau kandungan yang ada di dalam blog ini mungkin sudah tidak tepat atau tidak releven ketika pembaca atau pelawat membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi atau kandungan atau ejaan atau tatabahasa.

9. Segala komen tertentu oleh pemberi komen, boleh digunakan oleh pihak Cara buat wang online dan pemilik blog ini sama ada untuk kegunaan testimonial atau sebagai bahan penulisan.

10. Tidak dibenarkan untuk menyiarkan semula artikel daripada blog ini di laman sesawang lain tanpa persetujuan dari pemilik Cara buat wang online dan tanpa pautan ke halaman ini.   Langkah-langkah akan diambil bagi penggunaan bahan-bahan hak cipta terpelihara. Sekiranya anda mahu turut menggunakan bahan-bahan tersebut sila pastikan anda mengambil langkah-langkah sewajarnya.

11. Sekiranya anda dapati terdapat mana-mana paparan atau maklumat di dalam blog ini yang tidak tepat, maka anda dialu-alukan untuk memberikan maklum balas. Penulis akan memperbetulkan kesilapan tersebut dengan kadar segera.

12. Halaman blog ini juga mungkin mengandungi pautan-pautan untuk pemasaran bergabung(affiliate marketing) yang menggunakan cookie. Anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut apabila melayari laman blog ini. Penggunaan pautan pemasaran bergabung bagaimanapun tidak akan menyebabkan anda membayar harga produk yang lebih tinggi berbanding biasa.

 

Penafian, notis pemberitahuan penggunaan cookies dan perisytiharan hakcipta terpelihara ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa. Terakhir dikemas kini pada 25 Mei 2021.

 

 

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jana wang online dengan jual produk sendiri, blogging, YouTube dan affiliate marketing

 Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya. Di blog ini saya akan berkongsi cara-cara untuk menjana pendapatan online berdasarkan pengalaman saya sendiri. Anda mungkin tidak akan mendapat hasil yang sama tapi sekurang-kurangnya diharapkan perkongsian saya dapat membantu anda. Sebagai permulaan saya akan menyenaraikan secara ringkas di sini cara-cara yang anda boleh gunakan untuk menjana pendapatan secara atas talian. Cara pertama adalah dengan anda menjual produk anda sendiri secara atas talian. Anda boleh menggunakan media sosial anda untuk menjual produk ataupun perkhidmatan yang anda sediakan. Cara kedua pula anda juga boleh memulakan saluran YouTube anda dan setelah anda mencapai syarat-syarat tertentu maka anda akan layak untuk menyiarkan iklan di saluran YouTube anda. Bagaimanapun perlu juga diingati bahawa proses untuk membangunkan saluran YouTube anda mungkin akan memakan masa, sebelum anda dapat melihat hasilnya. Cara ketiga adalah bagi anda untuk memulakan laman blo...

Cara untuk mendapatkan pengunjung ke halaman blog anda bagi yang baru bermula

 Assalamualaikum, Bagi hantaran blog saya kali ini, saya ingin berkongsi cara untuk mendapatkan pengunjung ke halaman blog anda terutama sekiranya anda baru saja berjinak-jinak dengan penulisan blog (seperti saya). Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pengunjung tetapi di sini saya hanya mahu berkongsi cara-cara yang saya telah gunakan setakat ini. Cara pertama yang telah saya gunakan adalah dengan cara menyediakan satu akaun Instagram yang sesuai dengan tujuan untuk mempromosikan laman blog saya. Saya kemudiannya meletakkan alamat halaman blog saya di "bio" akaun IG tersebut dan sesiapa yang berminat untuk mengunjungi halaman blog saya boleh mengelik pautan di bio tersebut. Berikut adalah akaun Instagram yang saya gunakan bagi tujuan tersebut: Saya juga telah menyediakan satu akaun Twitter bagi mempromosikan halaman blogspot saya: Selain itu saya juga telah mengunjungi halaman blog-blog berkaitan dan meninggalkan komen di ruangan komen. Tinggalkan komen yang ikhlas dan j...

Cara memasukkan iklan olok-olok ke laman blogspot anda

 Assalamualaikum, Terima kasih kerana mengunjungi halaman blog saya. Untuk hantaran blog kali ini saya ingin bercerita tentang cara memasukkan iklan olok-olok yang telah kita hasilkan ke paparan blog kita. Sila baca hantaran sebelum ini di sini sekiranya anda masih belum membacanya berkaitan keperluan mengadakan iklan olok-olok sebelum anda menyiarkan iklan sebenar. Contoh iklan olok-olok yang digunakan di laman blog ini. Baiklah untuk memasukkan iklan-iklan tersebut anda perlu pergi ke menu seperti di bawah dan mengelik menu "layout": Bagi memasukkan iklan melintang merentasi bahagian atas laman blog, anda perlu pergi ke menu "Cross-column" dan memilih menu "+ Add a gadget" seperti gambar di bawah: Selepas memilih menu tersebut maka anda akan mendapat pilihan seperti di bawah. Pilih menu "image" dan anda cuma perlu memuat naik gambar iklan yang telah anda sediakan dari peranti anda. Di masa akan datang sekiranya anda telah layak menyiarkan ikla...