Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2026

Aeon Bank - bank digital patuh syariah kegemaran saya.

Assalamualaikum, Pada catatan blog saya pada kali ini, saya ingin berkongsi ulasan saya tentang penggunaan produk akaun simpanan-i Aeon Bank yang merupakan bank digital patuh syariah yang pertama di negara kita. Saya telah menggunakan produk ini semenjak sekitar Julai 2024 dan setakat ini berpuas hati dengan penggunaan akaun ini. Baru-baru ini bagaimanapun kad debit fizikal yang saya selalu gunakan tidak berfungsi untuk membuat pembayaran dan saya terpaksa memohon kad pengganti untuk tujuan membuat pembayaran menggunakan kad debit fizikal. Kad yang baharu telahpun sampai dan seperti dijangka saya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk menggunakannya. Kadar keuntungan tinggi dan mata ganjaran ketika berbelanja. Dua perkara utama yang membuatkan saya menyukai penggunaan akaun simpanan-i Aeon Bank ini adalah kerana kadar keuntungan tinggi atas simpanan dan juga mata ganjaran yang diberikan ketika berbelanja. Pada awalnya pemegang akaun boleh mendapatkan kadar keuntungan sehingga 3.88% atas...