Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2026

Versa - ajak kawan-kawan melabur dan dapatkan ganjaran RM10

Assalamualaikum, Sudah lama saya tidak membuat sebarang hantaran di laman blog ini kerana sebelum ini saya memberikan sepenuh tumpuan untuk membangunkan saluran YouTube saya. Tetapi oleh kerana sebab-sebab tertentu saya mengambil keputusan untuk berhenti seketika membuat video YouTube dan sebaliknya memberikan tumpuan yang lebih untuk kembali menulis di laman blog ini. Jadi untuk hantaran penulisan yang pertama ini saya akan menulis berkaitan pelaburan dan simpanan menggunakan applikasi Versa dan pengalaman saya sendiri menggunakan applikasi tersebut. Simpanan, pelaburan dan persaraan Dengan menggunakan aplikasi Versa anda boleh memberikan tumpuan kepada tiga perkara yang mungkin anda mahu capai iaitu menambah simpanan, meningkatkan pelaburan dan juga menyediakan tabung untuk persaraan. Bagaimanapun secara peribadi saya hanya menggunakan aplikasi Versa untuk menambah simpanan dan mungkin juga untuk membuat pelaburan sekiranya saya mempunyai peluang berbuat demikian di masa hadapan. Cir...